fbpx

Salam Perantauan 14 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami, pelajar tahun akhir University of Manchester, United Kingdom. Doakan kesejahteraan kami di sini. Salam rindu buat keluarga, sahabat handai dan semua yang mengenali kami di tanah air.

Daripada: TJ, Alia, Insyirah, Emma, Farah Nadeera, Nadira, Sakinah, Nurulain, Taufik, Lily, Rayyan, Rayfal dan Rafael
Lokasi: Engineering Building, University of Manchester, United Kingdom

 

SALAM lebaran, ampun dan maaf buat mama, abah, adik-adik, saudara-mara di Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan di mana jua. Ingat daku dalam doamu.

Daripada: M. Zarif Shamil Jamil
Lokasi: London, United Kingdom

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ahli keluarga yang tercinta dan rakan-rakan yang berada di Malaysia.
Daun dianyam makin tersimpul,
Gulai di dapur terlebih santan,
Sanak saudara riuh berkumpul,
Sambut lebaran penuh kesyukuran.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Daripada: Shafiq Hamzah
Lokasi: Tokyo, Jepun

 

Salam Aidilfitri kami ucapkan kepada semua yang mengenali diri kami terutamanya keluarga tercinta yang berada di Damansara, Selangor dan Batu Pahat, Johor. Tidak dilupakan juga sanak saudara dan sahabat handai di seluruh Malaysia. Semoga raya tahun ini lebih bermakna dan meriah walaupun kita tidak dapat bersama. Selamat hari raya buat semua, maaf zahir dan batin.

Daripada: Syahira dan Rizan
Lokasi: Birmingham, United Kingdom

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI