fbpx

Kereta terbakar selepas langgar tiang lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta terbakar selepas melanggar tiang lampu di Sri Racha, Khamis lalu. - Foto TMN Cable TV Pattaya

BANGKOK – Sebuah kereta sedan merempuh tiang lampu di Sri Racha, wilayah Chonburi di Thailand sebelum terbakar, lapor portal berita The Pattaya News semalam. 

Pemandu kereta didapati menghilangkan diri dari lokasi kejadian.

Pihak berkuasa bagaimanapun menemui kad pengenalan warga China di dalam kenderaan itu.

Kemalangan berlaku pada Khamis lalu di Persimpangan Nong Kwae–Amtha,  daerah kecil Bo Win di Sri Racha.

Polis Sri Racha bergegas ke tempat kejadian bersama pasukan kecemasan tempatan.

Sejurus tiba, pihak berkuasa mendapati sebuah kereta sedan berwarna putih telah merempuh lampu jalan dan terbakar, manakala tiang lampu itu patah. 

Polis mengesyaki pemandu itu terlelap sebelum melanggar lampu jalan kerana tiada kesan tayar tergelincir di jalan raya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI