fbpx

Mangsa hilang tragedi kepala air di Air Terjun Kampung Sebat ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEMATAN – Mangsa yang hilang selepas dihanyut kepala air ketika mandi bersama tiga lagi rakan di Air Terjun Kampung Sebat, di sini semalam ditemukan meninggal dunia pagi tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, mayat Steven Chai Pok Yee, 20, dijumpai oleh penduduk kampung di celah timbunan sisa kayu di tebing sungai kira-kira pukul 7.15 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai pada jarak 100 meter dari lokasi mangsa mandi,” katanya ketika dihubungi.

Dalam tragedi yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4.55 petang semalam, Steven bersama-sama tiga lagi rakannya dihanyut kepala air ketika mandi di Air Terjun Kampung Sebat.

Bagaimanapun, dua daripada mangsa selamat setelah berjaya dikeluarkan oleh penduduk kampung.

Seorang mangsa turut dikeluarkan oleh penduduk kampung, tetapi disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Kesemua mangsa adalah lelaki berumur 20 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI