fbpx

Jalan raya dijangka sesak petang ini, 2 juta kenderaan pulang ke ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan akan berlaku kesesakan apabila sekitar 2 juta kenderaan memulakan pergerakan masuk ke ibu kota bermula petang hari ini dan kemuncaknya pada 14 April.

Jurucakap LLM memaklumkan, pengguna disarankan merancang dan membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan.

“Pengguna jalan raya boleh merujuk kepada Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory (TTA) bagi pengguna Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 bagi membantu pengguna merancang perjalanan.

“Sebelum bertolak pulang ke ibu kota, disarankan kesemua pengguna jalan raya untuk melihat kesesakan jalan raya menerusi paparan televisyen litar tertutup (CCTV) lebuh raya yang secara ‘real time’ di https://www.llm.gov.my,” katanya kepada Kosmo!.

Mengulas lanjut, hampir dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya utama setiap hari bermula dari 8 April sehingga semalam.

Jelas jurucakap LLM, sebanyak 1.9 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan manakala lebuh raya kendalian Anih Berhad ( Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1) sebanyak 324,098 kenderaan pada Isnin lalu.

“Pada Selasa pula, sebanyak 1.7 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan manakala pengguna Lebuh raya kendalian Anih Berhad 302,945 kenderaan.

“Sementara itu, sebanyak 1.7 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan manakala pengguna Lebuh raya kendalian Anih Berhad 305,742 kenderaan.

“Setakat semalam, sebanyak 1.7 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan manakala pengguna Lebuh raya kendalian Anih Berhad 399,851 kenderaan,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman X di http://www.twitter.com/LLMtrafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI