fbpx

Anxiety menyerang kalau saya terlalu penat – Maya Karin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYA KARIN

PETALING JAYA – Pelakon Maya Karin mendedahkan dirinya akan diserang anxiety atau kebimbangan melampau sekiranya badan dan mentalnya terlalu penat.

Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, 44, berkata, bagi menangani masalah tersebut, dia perlu memastikan dirinya mendapat rehat yang mencukupi.

“Sekarang saya sentiasa berhati-hati sebab selalunya anxiety menyerang bila saya tak cukup tidur atau tiada selera makan.

“Ketika anxiety menyerang, kalau boleh saya mengelak daripada berjumpa dengan sesiapa pun. Saya hanya menonton TV dan duduk dalam bilik sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambahnya, bagi menangani perkara tersebut, dia tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau preskripsi daripada doktor.

“Saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan untuk merawat masalah anxiety sebaliknya hanya perlu rehat dan tidur secukupnya sahaja.

“Memang tidak ambil ubat tetapi saya perlu sentiasa sedar bahawa perlu sentiasa berhati-hati (elak kepenatan),” ujarnya.

Dalam masa sama, dia juga sentiasa bersikap profesional ketika bekerja bagi memastikan masalah anxiety tersebut tidak memberi kesan terhadap kerjaya seninya.

“Saya cuma jadi profesional, cuba sedaya upaya dan ada tanggungjawab untuk industri ini. Apapun saya syukur dan bertuah masih dapat lakukan apa yang saya suka sehingga hari ini.

“Usaha ini juga usaha untuk memeriahkan industri dan menggembirakan peminat saya. Itu semua yang buat saya masih di sini dan gembira,” jelasnya.

berkongsi sambutan rayanya tahun ini, Maya memberitahu semuanya dilakukan secara sederhana dan seorang diri di Kuala Lumpur.

“Rumah saya ketika ini pun sedang dalam proses pengubahsuaian dan penuh dengan debu.

“Kemudian, ibu dan adik saya pun sudah pergi bercuti ke Tunisia pada hari raya pertama lalu.

“Saya okey sahaja kerana ada saudara mara di Selangor juga,” katanya lagi.

Sebelum ini, dia pernah mencuri perhatian ramai apabila diserang panik dan hampir pitam ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM) dua tahun lalu namun dibantu pelakon Faizal Hussein yang menjadi gandingannya ketika itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI