fbpx

Remaja lelaki maut rempuh Honda Civic keluar simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Yamaha Lagenda 115Z ditunggangi Muhamamd Adif Darwis yang terlibat dalam kemalangan di KM 154 Jalan Jerangau - Jabor berhampiran Cheneh, Kemaman malam tadi.

KEMAMAN – Gara-gara gagal mengelak sebuah sebuah kereta Honda Civic dikatakan tiba-tiba keluar simpang, seorang remaja lelaki berusia 17 maut yang sedang menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115Z maut dalam kemalangan di Kilometer 154 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Cheneh di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 10.30 malam tersebut, mangsa, Muhammad Adif Darwis Madzwan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, remaja itu dikatakan dalam perjalanan ke Cheneh dari rumahnya di Kampung Pasir Minal di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang pekerja kedai perabot berusia 32 tahun dikatakan tiba-tiba keluar dari persimpangan kiri jalan.

“Motosikal dinaiki mangsa gagal mengelak lalu merempuh bahagian hadapan sebelah kanan kereta berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, rempuhan itu menyebabkan Muhammad Adif Darwis terjatuh dari motosikalnya sebelum disahkan meninggal dunia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI