fbpx

Sultan Nazrin solat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tengah) berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama kira-kira lebih 500 jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Turut bersama menunaikan ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta beberapa ahli Exco, kepimpinan dan pentadbiran negeri.

Sebaik selesai menunaikan solat, Sultan Nazrin kemudian menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.

Jemaah turut tidak melepaskan peluang untuk bersalam dengan baginda selepas solat sunat, selain bergambar dengan Masjid Ubudiah yang berusia lebih 100 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI