JOHOR BAHRU – Tempahan baju Melayu teluk belanga sempena Aidilfitri tahun ini melonjak berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan imej serta penampilan segak yang dibawa oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Tukang jahit pakaian tradisional, Jamil Suhaimi, 57, berkata, peningkatan itu berkait rapat dengan pertabalan Seri Paduka Baginda selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17 awal tahun ini. “Sebelum ini, busana teluk belanga menjadi popular disebabkan kebangkitan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), namun kini ia melonjak kembali setelah Sultan Ibrahim dilantik menjadi……