fbpx
DZUL FARIQ dan isteri menjadikan ruang tingkat bawah kediamannya di Lenggeng sebagai mini studio untuk fotografi Aidilfitri.

Jurufoto Aidilfitri ‘pening’ layan kerenah pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sambutan Syawal pada tahun ini memberi rezeki berganda buat jurugambar sambilan apabila menerima tempahan merakam gambar pelanggan yang mahu mengaba­dikan momen indah bersama keluarga dengan persalinan raya.

Selain menawarkan ruang studio di premis masing-masing, rata-rata jurugambar turut menawarkan perkhidmatan dari rumah ke rumah yang menjadi re­butan sepanjang musim pera­yaan.

Seorang jurugambar yang mengusahakan perkhidmatan studio di rumah, Dzul Fariq Yusof, 34, berkata, sambutan yang diterimanya pada tahun ini amat memberangsangkan sehingga terpaksa melanjutkan sesi fotografi sehingga ke tengah malam.

“Walaupun tahun ini merupakan kali pertama saya menawarkan perkhidmatan ini, namun saya berjaya mencapai sasaran yang diinginkan dengan pendapatan mencecah RM5,000 setakat ini.

“Alhamdulillah sejak hari pertama Ramadan lagi kami mula menerima tempahan slot fotografi raya malah untuk lima malam terakhir ini, semua slot telah habis ditempah. Malah ada ketikanya kami terpaksa menambah slot dan bekerja sehingga tengah malam,” katanya.

Menurut Dzul Fariq, pada mulanya, perkhidmatan fotografi diusahakan bersama isterinya Ezza Syuhada, 34, ditawarkan dari rumah ke rumah sebelum mengambil keputusan membuka mini studio di rumah mereka di Lenggeng, Negeri Sembilan.

“Kami terfikir untuk jadikan ruang tingkat bawah rumah teres dua tingkat ini sebagai studio dengan konsep minimalis. Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu RM70 untuk satu slot dan setiap pelanggan akan diberi softcopy gambar,” ujarnya.

Seorang jurugambar dari Kelantan, Hazmi Awang, 36, berkata, sepanjang menjalankan perkhidmatan studio fotografi di rumah, sambutan daripada pelanggan sangat menggalakkan dengan pendapatan yang diperoleh lumayan.

“Sambutan amat positif sehingga saya mampu meraih pendapatan antara RM400 hingga RM500 sehari. Trend mengambil gambar raya di studio membuatkan kami para jurugambar tidak menang tangan dari Ramadan hingga akhir Syawal,” ujarnya.

Bagi Abdul Hadi Bin Mustofa, 29, sambutan yang menggalakkan sejak awal Ramadan membuatkan dirinya tidak menang tangan dan terpaksa menolak beberapa tempahan pelanggan ekoran kekangan masa.

“Ramadan tahun lalu, saya buka sebuah studio mini di rumah dengan hiasan dua backdrop yang berbeza, namun untuk tahun ini, saya fokus perkhidmatan dari rumah ke rumah sahaja. Ini pun tidak menang tangan saya dibuatnya.

“Kalau ambil gambar di rumah pelanggan saya akan sediakan tema dan konsep untuk pelanggan memilih, namun ada yang suka ke studio kerana pilihan lebih banyak, semuanya atas kemampuan sendiri,” ujarnya.

SALAH seorang pelanggan yang mendapatkan sentuhan Dzul Fariq untuk merakam momen indah bersama keluarga.

Bagi Ismail Rali, 48, yang te­lah memulakan perkhidmatan studio fotografi di rumahnya di Saratok, Sarawak sejak lima tahun lalu, mengakui pendapatan lumayan diperolehnya mencecah ribuan ringgit setiap ­tahun.

“Pada awalnya saya berkecimpung sebagai jurufoto dari rumah ke rumah, namun kerana kesuntukan masa, saya buka mini studio di rumah dan sepanjang lima tahun studio mini saya tidak pernah sunyi menerima tempahan daripada pe­langgan.

“Secara kasar dianggarkan, pendapatan bulanan boleh men­cecah antara RM6,000 hingga RM7,000 setiap musim perayaan Aidilfitri,” ujarny

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN