SUDAH menjadi kelaziman berjauhan daripada keluarga ketika Ramadan dan Syawal sejak 17 tahun lepas, daripada belum berkahwin sehingga sudah mempunyai enam cahaya mata. Alhamdulillah, semuanya baik-baik
dan dilindungi Yang Maha Esa. Itulah
hadiah Syawal paling bermakna.
Selamat hari raya semua di Malaysia.
Daripada: Radhie Abdullah Din
Lokasi: Selat Taiwan
SELAMAT hari raya, maaf zahir
dan batin buat keluarga dan rakan-rakan
tersayang di Malaysia. Walaupun jauh
di mata, namun sentiasa dekat
di hati. Salam rindu daripada kami
anak perantau.
Daripada: Sofea Arisya dan Mei Lin
Lokasi: University of Pennsylvania,
Amerika Syarikat
SALAM Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada suami tersayang, Muhammad Aqwa Alif Jasmi, ahli keluarga, sanak saudara di Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah. Tidak dilupakan juga rakan-rakan karib saya, bos, senior dan rakan sekerja di Jabatan Peguam Negara serta keluarga alumni Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan mendapat rahmat-Nya sepanjang masa.
Daripada: Nur Ezzah Abdullah
Lokasi: University of London, United Kingdom
SALAM Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh keluarga kami di Malaysia. Terutama kepada abah (Ibrahim), mama (Hanizan) yang berada di Kota Damansara dan abah (Wan Mohd Bahruddin), umi (Zaimah) di Subang Jaya, Selangor. Tidak dilupakan kepada anak buah tersayang Nurakifa Humairah, Nurakifa Haura, Aakif Haqq dan Uzayr, adik-beradik dan saudara-mara. Semoga Aidilfitri tahun ini bermakna untuk semua.
Daripada: Fakhri, Najihah, Daiyan, Syifaa dan Mateen
Lokasi: Reading, United Kingdom















