fbpx

Menangis dengar tazkirah, Iera Milpan kini berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHIDUPAN Iera Milpan kini lebih tenang selepas berhijab.

SHAH ALAM – KATA-KATA seorang ustazah ketika menyampaikan tazkirah ramadan mengenai aurat menjentik hati penyanyi baharu Iera Milpan untuk tampil berhijab.

Menurut Iera tau nama sebenarnya, Syahirah Milpan, 22, penghijrahan itu dilakukannya pada awal Ramadan lalu.

“Saya dengar ceramah ustazah berkaitan aurat pada malam tarawih pertama sampai menitis air mata. Esoknya, 1 Ramadan saya terus nekad berhijab.

“Paling terkesan ustazah menyampaikan tazkirah mengenai aurat sambil memandang saya. Reaksi itu seperti ditujukan kepada saya yang sememangnya tidak bertudung.

“Ayat dia terus menusuk ke dalam hati. Sakit! Pada masa sama buat saya tercabar. Saya pakai tudung untuk ke bazar dan kekal sampai sekarang, Alhamdulillah,” katanya kepada HibGlam.

Mengulas perasaan selepas berhijab, pelantun lagu Retak Hatiku itu mengakui lebih tenang selain mengharapkan dirinya kekal istiqamah.

“Saya rasa tenang selepas berhijab. Kalau boleh mahu kekal begini.

“Setiap hari saya berdoa moga kekal istiqamah. Risau juga jika hati berbolak-balik nanti.

“Pada masa sama, saya tiada masalah menggayakan tudung mengikut gaya terkini. Tudung pun sudah beli banyak sebelum ini,” katanya.

Iera turut menzahirkan rasa syukur kerana ibunya menyokong perubahannya, begitu juga peminat di aplikasi TikTok.

“Risau sebenarnya tetapi mak selalu bagi semangat suruh pakai tudung. Mak minta saya berhijab ketika buat persembahan tetapi saya degil.

“Saya juga dapat banyak komen positif daripada pengikut dalam TikTok, mereka suka dan puji imej terbaharu ini.

“Kalau ada apa-apa teguran yang negatif, saya akan perbaiki dan berusaha jadi lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI