fbpx

Kaunter zakat PPZ-MAIWP dibuka sehingga hari terakhir Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kaunter zakat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan dibuka sehingga pukul 1 tengah hari pada hari terakhir Ramadan.

PPZ-MAIWP dalam satu kenyataan berkata, ia bagi memberi ruang dan kesempatan kepada umat Islam menunaikan zakat dalam tempoh Ramadan yang berbaki dua hari.

“Waktu operasi kaunter pada 8 April 2024 bermula pukul 8.15 pagi hingga 4.30 petang, manakala pada 9 April 2024 kaunter PPZ-MAIWP beroperasi dari pukul 8.15 pagi hingga 1 tengah hari,” kata kenyataan itu hari ini.

PPZ-MAIWP berkata, bagi mereka yang tidak berkesempatan berkunjung ke kaunter berkenaan, bayaran zakat boleh dibuat secara dalam talian.

Menurut PPZ-MAIWP, bayaran zakat secara dalam talian boleh dilakukan melalui pautan Zakat Fitrah fitrah.zakat.com.my dan Zakat Harta www.zakat.com.my.

Kata PPZ-MAIWP,pembayar juga boleh menunaikan zakat secara dalam talian melalui perbankan internet atau aplikasi seperti Shopee, Raiz, GoPayz dan MyeG.

“Kaunter PPZ-MAIWP akan dibuka semula pada 12 April 2024 seperti biasa dari pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

“Dalam kita gembira menyambut Aidilfitri, jangan dilupakan mereka yang kurang berkemampuan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI