fbpx

Kasut Kalimah Allah: Jakim akan panggil pihak bertanggungjawab esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im.

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pihak yang bertanggungjawab berkaitan satu logo yang seakan-akan mirip Kalimah Allah di bahagian tapaknya esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan tersebut diambil bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memanggil pihak berkaitan pada esok hari, 8 April 2024 bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam.

Namun, beliau memohon supaya semua pihak bertenang dan memberikan ruang kepada Jakim dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap
dakwaan itu.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki mendakwa kasut yang dibelinya memaparkan logo seakan kalimah Allah pada bahagian tapaknya.

Perkara itu didedahkan pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Haridz yang membeli sepasang kasut buat isterinya.

Bagaimanapun, dia terkejut selepas mendapati terdapat seakan perkataan Allah pada tapak kasut berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI