fbpx

Aksi laga pipi Syafiq Kyle, Tracie tidak disenangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Syafiq Kyle dan Tracie yang dilihat berlaga pipi mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat.

BARU-BARU ini, pelakon Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol mencuri perhatian netizen apabila mempamerkan aksi mesra sambil berpelukan siap berlaga pipi sewaktu menjayakan sebuah sesi fotografi.

Aksi tersebut dipercayai dilakukan sewaktu mengambil gambar poster untuk sebuah drama bersiri baharu berjudul Gadis Masa. Turut terlibat sama ialah ‘kembar’ kepada Tracie iaitu Mira Filzah.

Bagaimanapun, kemesraan yang dipamerkan Syafiq dan Tracie nampaknya telah mengundang rasa kurang senang netizen sehingga meninggalkan komen-komen negatif.

Rata-rata beranggapan, perlakuan kedua-dua pelakon itu terlalu mesra dan tidak manis dipandang.

“Tak elok peluk-peluk macam tu. Astaghfirullah,” kata seorang netizen.

“Perlu ke ambil gambar dekat-dekat macam tu?” ujar seorang lagi netizen.

Sebagai pelakon profesional, Diva rasa tidaklah keterlaluan aksi yang ditunjukkan Syafiq dan Tracie. Mereka sekadar memenuhi sesi fotografi sahaja. Netizen pun janganlah terlalu sensitif.

DIVA: Dah tiga tahun tak jejak Jalan Tuanku Abdul Rahman. Rasa malas nak bersesak!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI