fbpx

48 ‘hotspot’ kemalangan di Johor dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Kumar menyampaikan beg kepada pemandu kereta sempena Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya PDRM Johor Bersama Perkeso Johor sempena Op Selamat. - Foto BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah mengenal pasti 48 kawasan ‘hotspot’ dan 31 kawasan ‘blackspot’ berlakunya kemalangan di negeri ini pada musim perayaan ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kawasan tersebut kebanyakannya di kesan di daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Katanya, pintu masuk utama negara di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri turut dikategorikan sebagai kawasan hotspot susulan peningkatan kenderaan masuk dari Singapura.

“Kita telah kenal pasti kawasan hotspot (kawasan kerap berlaku kemalangan) dan kawasan blackspot (kawasan berlaku kemalangan maut) di negeri ini.

“Justeru, kita akan menempatkan 1,730 pegawai dan anggota trafik bagi melakukan pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri bagi mengurangkan risiko berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Advokasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sempena Ops Selamat 22/2024 Aidilfitri di Plaza Tol Kempas Arah Utara, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kumar berkata, jumlah kenderaan yang masuk ke negeri ini meningkat tiga kali berbanding biasa kepada 300,000 kenderaan sehari sejak semalam.

Katanya, jumlah itu meningkat berbanding hari biasa iaitu sekitar 100,000 kenderaan sehari, susulan musim cuti Aidilfitri yang sudah bermula.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI