fbpx

Bera, Gua Musang suhu panas hingga 40 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas pada tahap dua iaitu amaran gelombang haba di beberapa daerah di negeri Pahang yang melibatkan Jerantut, Raub, Temerloh, dan Bera.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca panas dengan suhu maksimum harian boleh mencecah 40 darjah Celsius ini juga berlaku di Padang Terap, Kedah dan Hulu Perak serta Jeli dan Gua Musang di Kelantan.

Jelas MetMalaysia, amaran gelombang haba ini dijangka akan berlarutan di daerah-daerah tersebut sehingga Isnin dengan suhu maksimum harian diantara 37 hingga 40 darjah Celsius.

“ Dalam pada itu, cuaca panas dengan suhu maksimum harian diantara 35 hingga 37 darjah Celsius juga masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan dijangka akan berlarutan selama tiga hari berturut-turut.

“ Cuaca panas dengan suhu tidak melebihi 37 darjah Celsius itu dijangka berlaku di keseluruhan negeri Pahang kecuali Kuantan dan Tanah Tinggi Cameron serta daerah Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan,” ujar MetMalaysia.

Sementara itu, cuaca panas yang sama juga berlaku di bahagian utara Semenanjung melibatkan keseluruhan negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Baling, Kota Setar, Pendang, Kuala Muda,Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Timur Laut dan Seberang Perai Tengah) dan Perak (Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).

“ Turut sama terjejas dengan suhu maksimum harian tidak melebihi 37 darjah Celsius itu ialah Jelebu dan Tampin di Negeri Sembilan, serta Muar dan Segamat di Johor,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia lagi, daerah Mukah dan Limbang di Sarawak serta Tenom, Kota Belud dan Kota Marudu di Sabah juga turut terkesan dengan amaran cuaca panas pada tahap satu itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI