fbpx

Wanita tikam kekasih ketika hubungan seks ada rekod kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mayat seorang lelaki dijumpai terbaring depan tandas awam Dataran Lemang, Manik Urai di Kuala Krai pada Isnin lalu.

KOTA BHARU – Seorang wanita yang ditahan selepas dipercayai menikam kekasihnya dengan menggunakan sebilah pisau ketika melakukan hubungan seks pada Khamis lalu mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, wanita yang berusia 28 tahun itu pernah ditahan kerana terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek yang berasal dari Sungai Tong, Setiu di Terengganu itu kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang wanita ditahan selepas dipercayai menikam mati kekasih yang mengurungnya dengan sebilah pisau ketika melakukan hubungan seks pada Khamis lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI