fbpx
MENGGILAP nama dengan persembahan cemerlang dalam setiap naskhah, Kriti Sanon teruja dapat melengkapkan portfolio karier apabila bergandingan dengan bintang idola iaitu Kareena Kapor dan Tabu dalam filem Bollywood terbaharu, The Crew Movie.

Kriti Sanon si pramugari terdesak wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUDAH namanya bintang Bollywood, susuk si jelita Kriti Sanon cukup dikenali sebagai aktres berbakat dan semestinya hadir dengan imej seksi penuh mempesona.

Bermula sebagai model sebelum terjun ke arena lakonan pada 2014 menerusi filem Nenokkadine, dia pantas mencipta sejarah peribadi menjulang trofi Pelakon Wanita Debut Terbaik Filmfare Award.

Satu hal yang mudah mengembalikan ingatan peminat terhadap Kriti adalah Mimi, sebuah naskhah arahan Laxman Utekar. Kriti sebagai Mimi dalam filem tersebut menjadi satu lagi tanda aras kariernya.

Menerusi Mimi, Kriti sekali lagi naik pentas Filmfare, kali ini menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik pada tahun 2021.

Kredibilitnya sebagai seorang pelakon tidak dinafikan lagi dan kini, dia kembali mempertaruhkan karya terbaharu, The Crew arahan sutradara, Rajesh A Krishnan.

MASIH segar dalam ingatan ramai dengan karakter Mimi, wanita yang sanggup hamil anak tabung uji, Kriti Sanon kini menggoda peminat dalam The Crew.

Filem berkenaan mengangkat tiga wanita sebagai watak utama yang berjuang meneruskan kehidupan sehingga terjebak dalam aktiviti penyeludupan emas.

Digalas Kareena Kapor, Tabu dan Kriti Sanon, The Crew meraih pujian ramai, termasuk rakan selebriti, Arjun Kapoor dan Karan Johar.

Lebih mengujakan, naskhah berkenaan menunjukkan prestasi baik selepas memecahkan Box Office selepas tiga hari tayangan dengan kutipan RM569,000.

Gandingan Kareena, Tabu dan Kriti yang memegang watak sebagai pramugari boleh dikatakan sangat cemerlang dengan aksi tersendiri.

Biarpun Kriti boleh dikatakan lebih muda berbanding Kareena dan Tabu, dia juga tidak kurang hebat memegang watak Divya Rana.

Mengulas penceritaan The Crew, Kriti turut bangga filem yang memaparkan kesukaran hidup wanita tersebut memecah stereotaip, tidak hanya penuh tangisan sebaliknya bergerak dalam acuan komedi.

“Saya rasa apabila ada filem berorientasikan wanita, semua orang fikir akan menjadi serius atau bercakap tentang isu berkaitan kehidupan.

“Namun, situasi tersebut tiada dalam filem ini. Wanita juga boleh menjayakan sebuah komedi dengan baik,” katanya.

 

MENJADI bintang paling muda di tengah-tengah Kareena dan Tabu, Kriti tidak pernah dilayan sebagai junior oleh dua pelakon hebat itu.

Idolakan Kareena, Tabu

Aktes berusia 34 tahun itu juga mengungkap penghargaan buat para pelakon dan kru sepanjang penggambaran.

Baginya, penglibatan dalam The Crew sebagai pencapaian terbaharu dalam hidup kerana dapat bergandingan dengan idolanya iaitu Kareena dan Tabu.

“Filem ini mempunyai tempat di hati saya. Saya sangat mengagumi kedua-dua wanita, Kareena dan Tabu.

“Ini adalah satu keseronokan dapat bekerjasama dengan pelakon yang paling ikonik dalam industri kita.

“Mereka membuatkan saya tidak pernah terasa seperti junior ketika berada di set penggambaran.

“Tiga pelakon berbeza datang bersama-sama sebagai satu pasukan untuk mencipta satu keserasian,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Selain itu, Kriti turut menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan Kareena dan Tabu sebagai satu kesegaran dalam karier sementelah sebelum ini, regu gandingannya adalah pelakon lelaki.

DI sebalik kehangatan promosi filem The Crew, Kriti tidak dapat lari daripada gosip percintaan bersama seorang ahli perniagaan bernama Kabir Bahia.

Kekasih

Dalam kerancakkan promosi filem, spekulasi tentang percintaannya dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Kabir Bahia turut menghangatkan nama Kriti.

Spekulasi bermula selepas Kriti dilihat berkongsi gambar percutian di London dan pada masa sama, Kabir juga dikenal pasti berada di lokasi terbabit.

Kriti yang sebelum ini tegar menjaga privasi hidupnya, buat pertama kali dilihat berjalan di sekitar London sambil berpegangan tangan dengan seorang lelaki dipercayai Kabir.

Sehingga kini, baik Kriti mahupun Kabir, masing-masing tidak pernah menghiraukan atau mengulas khabar angin tersebut.

DALAM filem The Crew, Kriti memegang watak Divya Rana yang bekerja sebagai pramugari tetapi terjebak dengan jenayah penyeludupan emas atas desakan kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN