fbpx

166 karton minuman keras tanpa cukai dirampas dalam rumah kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara minuman keras yang dirampas PPM dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Semaju, Tamparuli kelmarin.

KOTA KINABALU – Sebanyak 166 karton minuman keras dipercayai diseludup dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Semaju, Tamparuli kelmarin.

Semua minuman keras yang disyaki tidak bercukai pelbagai jenama berkenaan dianggarkan bernilai RM27,148 dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, serbuan dilaksanakaan berdasarkan maklumat orang awam dan pasukan operasi terus menyerbu rumah berkenaan selepas intipan selama dua jam dilakukan.

“Sebuan menemui 166 karton minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai.

“Antara jenama minuman keras yang ditemui ialah Sea Pearl (60 karton), Anchor (50 karton), Chal’als Draught Biru (40 karton) dan Chal’s Draught Hijau (16 karton),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, rumah terbabit ditinggalkan dalam keadaan pagar tidak bertutup dan tidak berkunci, namun Ahmad tiada sebarang tangkapan berjaya dilakukan ketika serbuan.

“Kita juga menunggu lebih dua jam di rumah sama namun tiada pemilik yang tampil menuntut semua barangan berkenaan.

“Oleh itu, pasukan operasi terus merampas semua barangan terbabit untuk siasatan mengikut Akta Kastam.

“Semua minuman itu dibawa ke Pejabat PPM Kota Kinabalu untuk laporan polis dan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI