fbpx

Mitra dipulangkan semula kepada JPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri di kementeriannya, hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) dikembalikan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah diputuskan hasil perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, proses perpindahan unit berkenaan ke JPM akan ditentukan kemudian.

Ditanya hala tuju dan fokus Mitra selepas ini, Fahmi berkata, unit itu akan diuruskan dengan lebih fokus oleh Perdana Menteri dan mencapai matlamat asalnya.

“Sudah pasti pulangnya Mitra ke JPM maka fokus khusus oleh Perdana Menteri akan diberikan bagi memastikan unit itu dapat diurus dengan baik dan matlamatnya dikembang luas,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Jemaah Menteri senada dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya tindakan segera diambil bagi pihak yang cuba menghasut rakyat terutama berkait isu KK Mart.

Jelasnya, Jemaah Menteri hari ini juga bersetuju supaya aspek penguatkuasaan diberi perhatian utama serta disegerakan susulan tiga insiden serangan ke atas premis KK Mart baru-baru ini.

Katanya, isu mengenai insiden ketiga membabitkan serangan terhadap premis KK Mart tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat Kabinet hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI