fbpx

Jakarta anjur program buang tatu percuma sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang peserta menjalani prosedur membuang tatu di Jakarta kelmarin. – Baznas DKI Jakarta H:

JAKARTA – Beratus-ratus orang Islam di Indonesia menjalani prosedur membuang tatu secara percuma anjuran Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) dalam program Ramadan yang menyasarkan masyarakat berpendapatan rendah, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Inisiatif tersebut pertama kali dilancarkan oleh Baznas cawangan Jakarta pada 2021 dan diadakan di seluruh wilayah pentadbiran Jakarta sepanjang bulan Ramadan tahun ini dengan kerjasama Perkhidmatan Perubatan Islam.

“Pada kesempatan Ramadan ini, ramai orang Islam ingin mendekatkan diri dengan agama dan membuang tatu mereka.

“Kami mengadakan program ini untuk tahun keempat kerana sambutan tinggi daripada orang ramai. Tahun ini sahaja kami mendapati seramai 600 orang telah mendaftar,” kata Timbalan Pengerusi Baznas, Nasir Tajang.

Tambah Nasir, program tersebut diadakan khusus untuk mendekati golongan berpendapatan rendah memandangkan prosedur membuang tatu kebiasaannya menelan belanja yang mahal.

“Kos membuang tatu boleh mencecah berjuta-juta rupiah, justeru program ini disasarkan untuk membantu orang ramai terutamanya kumpulan berpendapatan rendah.

“Kami juga mahu memberi inspirasi kepada orang ramai dan mengingatkan bahawa meskipun mereka pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan ini, pintu taubat sentiasa terbuka,” katanya.

Di Indonesia yang merupakan negara paling ramai umat Islam, tatu membawa kepada tanggapan negatif masyarakat kerana dikaitkan dengan gaya hidup ‘keras.’

Dalam pada itu, seorang penduduk Jakarta Barat berumur 30 tahun dikenali sebagai Eko merupakan antara mereka yang menyertai prosedur itu minggu lalu.

“Saya membuang dua tatu pada kedua-dua tangan saya supaya saya boleh beramal dengan lebih tenang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI