fbpx

Video tular remaja dibuli berlaku tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video menunjukkan seorang remaja lelaki dibuli sekumpulan remaja lain di sekitar Johor Bahru, tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Rakaman video tular menunjukkan seorang remaja lelaki dipukul dan dibuli sekumpulan remaja lelaki lain di sebuah pondok di bandar raya ini berlaku pada 14 Mei, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, rakaman video berhubung kejadian bagaimanapun dikesan tular di media sosial sejak semalam.

Menurut beliau, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 17 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu, pada tarikh sama.

“Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham dan ejek mengejek antara kedua-dua pihak. Kejadian itu berlaku pada pukul 2 petang, 14 Mei tahun lalu di Taman Puteri Wangsa, di sini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.

Terdahulu, tular dua rakaman video berdurasi 37 saat dan tujuh saat yang memaparkan seorang remaja lelaki ditumbuk beberapa kali ketika sedang duduk oleh sekumpulan lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI