fbpx

LBS lancar kempen Emas Bling-Bling untuk pembeli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San.

PETALING JAYA – Pembeli rumah LBS Bina Group Berhad (LBS) berpeluang memenangi hadiah jongkong emas bernilai sehingga RM600,000 dan tawaran eksklusif sempena Hari Raya menerusi kempen terbaharu, Emas Bling-Bling Bersama LBS.

Melengkapkan suasana perayaan, kempen tersebut memberi peluang eksklusif kepada bakal pembeli rumah pertama memenangi jongkong emas 999.9, khusus terhadap rakyat Malaysia yang menghargai semangat komuniti dan sedang mencari tawaran terbaik sempena sambutan Aidilfitri ini.

Selain itu, ia juga dilihat sebagai peluang tambahan menarik bagi komuniti LBS yang sedang mencari rumah kedua.

Tidak hanya menawarkan emas, pakej pembelian rumah ini menawarkan faedah eksklusif lain seperti pakej perabot khas, yuran keluar sifar serta yuran tempahan yang rendah.

Selain itu, pelanggan akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli seumur hidup LBS Perks & Plusses, sebuah program kesetiaan pelanggan yang melibatkan 50 rakan kerjasama daripada pelbagai kategori seperti Automotif, Peralatan Elektrik, Alatan Rumah, Hospitaliti, Pendidikan dan banyak lagi.

Mengulas mengenai kempen ini, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, sebagai sebuah pemaju yang mengutamakan nilai kemasyarakatan, pihaknya teruja untuk meningkatkan pengalaman perayaan kepada seluruh pelanggan yang telah menjadi sebahagian dari keluarga LBS.

“Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman pembelian rumah yang akan memberikan kegembiraan dan kepuasan terhadap setiap individu, sekali gus mengukuhkan portfolio pelaburan mereka.

“Kenapa emas? Seperti rumah, harga emas semakin meningkat saban hari, dan kami berharap dengan kempen ini, pemilik rumah dapat memperoleh lebih daripada satu aset pelaburan ke dalam portfolio mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Membeli rumah bukan sekadar memiliki binaan daripada batu bata, ianya turut merupakan satu nilai jangka panjang yang akan terus meningkat walaupun selepas proses penyerahan kunci.

Antara projek yang terlibat dengan kempen Emas Bling Bling Bersama LBS ialah Prestige Residence di Seri Kembangan, yang turut disiarkan secara langsung di WOWSHOP @ 8TV hari ini dengan yuran tempahan eksklusif sebanyak RM1.

Tempoh kempen ini adalah daripada 1 April sehingga 31 Mei 2024. Maklumat lanjut mengenai kempen dan tawarannya boleh didapati di www.campaign.lbs.com.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI