fbpx
GAMBAR HIASAN

Lagu raya baharu: Sedap atau sekadar ‘cacing telinga’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AIDILFITRI memang tidak lengkap tanpa lagu raya. Ketika 10 hari lagi Syawal menjelma, memang semakin ligatlah lagu raya diputarkan.

Antara lagu raya lama dan lagu raya baharu, masing-masing memiliki tarikannya. Kini, lagu raya baharu semakin banyak diperkenalkan sehingga terngiang-ngiang di telinga. Bagaimanapun, timbul persoalan, ‘melekat’ di telinga itu kerana lagu betul-betul sedap dan mengesankan atau kerana situasi dinamakan earworms (cacing telinga)?

Menggunakan contoh salah satu lagu raya baharu yang tular, Public Health Malaysia menerusi akaun media sosialnya menyatakan lagu atau lirik yang berputar di minda tanpa henti itu merupakan salah satu situasi earworms (cacing telinga).

Menggunakan contoh salah satu lagu raya baharu yang tular, Public Health Malaysia menerusi akaun media sosialnya menyatakan lagu atau lirik yang berputar di minda tanpa henti itu merupakan salah satu situasi earworms (cacing telinga). Menurutnya, earworms ialah lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda. Majoriti individu, tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi rasa sedikit terganggu.

Baca artikel penuh di www.kosmo.com.my

 

 

 

AIDILFITRI memang tidak lengkap tanpa lagu raya. Ketika 10 hari lagi Syawal menjelma, memang semakin ligatlah lagu raya diputarkan. Ambil mood nak raya katanya.

Antara lagu raya lama dan lagu raya baharu, masing-masing memiliki tarikannya. Namun, masih ramai yang menganggap lagu raya lama lebih istimewa dan ada unsur sentimental raya yang sejati dan sebab itu lagu raya lama lebih bersifat malar segar atau evergreen.

Dapatan di media sosial, rata-rata penggemar lagu raya lama menyifatkan lagu raya lama kaya unsur nostalgia, memiliki ‘feel’ raya, mengandungi variasi emosi seperti kegembiraan dan kesyahduan, membawa mesej atau semangat sebenar raya serta berjiwa kesederhanaan.

Lagu-lagu lama seperti Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Selamat Hari Raya (Sanisah Huri), Satu Hari di Hari raya (M. Nasir), Nostalgia Aidilfitri (Sharifah Aini), Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman), Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz) dan lain-lain masih menjadi pilihan ramai.

Tidak kurang juga yang mengakui merindui lagu-lagu circa 2000-an era kegemilangan cakera padat SRC terutama lagu-lagu dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza, misalnya Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Anugerah Aidilfitri dan Bila Hari Raya Menjelma.

Lagu-lagu raya baharu pula menarik dengan cara tersendiri. Cenderung lebih mementingkan rentak yang catchy atau ‘menangkap’ dengan emosi yang lebih fun, lirik atau perkataan yang berulang-ulang dan senario zaman sekarang, ia turut memiliki impaknya.

Kini, lagu raya baharu semakin banyak diperkenalkan sehingga terngiang-ngiang di telinga. Bagaimanapun, timbul persoalan, ‘melekat’ di telinga itu kerana lagu betul-betul sedap dan mengesankan atau kerana situasi dinamakan earworm atau cacing telinga?

Menggunakan contoh salah satu lagu raya baharu yang tular, Public Health Malaysia menerusi akaun media sosialnya menyatakan lagu atau lirik yang berputar di minda tanpa henti itu merupakan salah satu situasi earworms (cacing telinga).

Menurutnya, earworms ialah lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda. Majoriti individu, tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi rasa sedikit terganggu.

Menurut wired.com, kriteria lagu-lagu yang mempunyai kecenderungan mengundang earworm ialah apa saja lagu bersifat simple, berulang-ulang (repetitive) dan mudah dinyanyikan. Sama ada sampai atau tidak mesejnya, itu belakang kira.

“Tak suka semua lagu raya yang baru-baru ni sakit telinga,” kata seorang netizen.

“Aku risau dengan lambakan lagu raya baharu yang merapu dan tak sedap akan menyebabkan meningkatnya statistik kematian di atas jalan raya,” kata seorang lagi netizen.

Apapun sedap itu subjektif. Pada penulis, tidak boleh pukul rata semua lagu raya baharu itu tidak sedap dan semua lagu raya lama itu bagus. Kalau lagu era terkini, penulis minat lagu Dolla, Raya, Raya, Raya. Bagi penulis, lagu itu dalam modennya tersembunyi vibe nostalgia syahdu acuan lama pada iramanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN