fbpx

Tentera darat patahkan kegiatan seludup 420 kg gula, 105 liter diesel ke Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera darat menemukan sebanyak 420 kilogram gula dan 105 liter diesel yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui sempadan di Ba'Kelalan.

KUCHING – Pasukan tentera darat merampas sebanyak 420 kilogram gula dan 105 liter diesel yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui sempadan di Ba’Kelalan.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat berkata, kesemua barangan itu ditemukan ditinggalkan di Sektor Op Jagakawan pada pukul 9.45 pagi, 29 Mac lalu.

“Sepasukan anggota tentera yang sedang melaksanakan penugasan rondaan di Kampung Punang Kelalan iaitu jarak lebih kurang 900 meter dari sempadan Indonesia telah menjumpai bungkusan kanvas yang mencurigakan.

“Hasil daripada pemeriksaan menjumpai 35 karton gula berjumlah 420 kilogram dan tiga tong diesel 35 liter berjumlah 105 liter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menambah, kesemua hasil rampasan itu dianggarkan berjumlah RM1,422.

Justeru, katanya laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Ba’kelalan dan kesemua barangan rampasan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lawas pada 3 April nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI