fbpx

Jejambat Bukit Setongkol – Kemunting dibuka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jejambat Bukit Setongkol - Kemunting di Kuantan yang akan dibuka esok.

KUANTAN – Jejambat dari persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting di Jalan Persekutuan di sini akan dibuka kepada orang ramai bermula pukul 8 pagi esok.

Pembinaan laluan berkenaan mendapat kesepakatan dan persetujuan antara Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut Alexander, kedua-dua pihak merasakan pembukaan jejambat itu amat perlu disegerakan bagi memudahkan rakyat negeri ini khususnya sebagai laluan alternatif.

Katanya, dengan pembukaan jejambat itu sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalulintas akibat pertambahan jumlah kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan cuti umum.

Tambahnya lagi, pembukaan jejambat itu juga dapat menjadikan masa perjalanan pengguna lebih singkat dari kebiasaanya.

Alaxender memberitahu, projek pembinaan jejambat itu merupakan kesinambungan kepada projek pembinaan sebuah jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan yang menghubungkan Bandar Kuantan Ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur yang kini dikenali sebagai Jambatan Putra yang telah dibuka secara rasmi pada 21 Februari 2021.

“Projek pembinaan jambatan berkenaan yang menelan kos bernilai RM47 juta itu dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Projek berkenaan merupakan skop kerja tambahan bagi projek pembinaan sebuah jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan menghubungkan bandar Kuantan Ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur yang telah diluluskan secara perjanjian tambahan.

Tambahnya, tarikh milik tapak bagi projek berkenaan adalah pada 15 Jun 2020 dan disiapkan pada 22 Mac lalu.

Dalam pada itu Alexander berkata, skop kerja tambahan ini merangkumi pembinaan jalan berkembar empat lorong dari Persimpangan Bukit Setongkol ke Kemunting, mengikut piawaian JKR U5 Jenis III sepanjang 650 meter, merangkumi jejambat baharu sepanjang 280 meter merentasi Jalan Persekutuan, Jalan Kuantan – Gambang.

Tambahnya KKR dan JKR amat komited dalam membangunkan lanskap infrastruktur awam negara demi kesejahteraan dan
keselesaan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI