fbpx

Azli dilantik Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Azli (kanan) sambil diperhatikan Mazli pada majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor yang sebelum ini merupakan Ketua Polis Daerah Lipis dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu baharu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, Azli menggantikan Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang bersara wajib mulai esok.

“Tahniah kepada Azli atas pelantikan serta kenaikan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu yang baharu.

“Saya yakin beliau yang mempunyai pengalaman 36 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu terus memacu kecemerlangan buat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu antara Azli dan Abdul Rahim.

Dalam pada itu, Mazli turut menzahirkan penghargaan terhadap Abdul Rahim yang telah 40 tahun berkhidmat dalam PDRM.

Beliau berkata, Abdul Rahim cemerlang menurunkan indeks kadar jenayah dan menangani isu mat rempit di bandar raya ini sejak memimpin IPD Kuala Terengganu pada tahun 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI