fbpx

Salam Perantauan 30 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Marhaban Ya Ramadan 1445 H serta Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-sahabat yang berada di Malaysia.
Daripada: Mej. Muhamad Anwar, Mej. Ida Marlini, Awal Mirzal dan Ayra Mirza.

Lokasi: Marine Corps Base, Quantico, Virginia, Amerika Syarikat

 

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada sanak saudara dan sahabat handai di Malaysia.
Salam dari negara Matahari Terbit, Jepun.

Daripada: Nurulhuda Azhari, Murni Irsalina Mohamad Zain, Dayang Siti Hajar Abdul Rahman, Nurain Syafiah Redzuan

Lokasi: Asakura, Kochi, Jepun

 

Gemersik takbir mengundang hiba. Salam diutus tanda ingatan, Syawal dinanti menjelang tiba, salam diutus pohon kemaafan, maaf zahir dan batin.
Meskipun raga tidak bertemu, namun doa selalu ku titipkan untuk keluarga di kampung halaman. Selamat menyambut lebaran.

Daripada: Lt. Amir Bush Amir

Lokasi: Marine Corps Base Quantico, Virginia, Amerika Syarikat

 

SALAM Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ibu bapa, keluarga dan saudara-mara di Malaysia.
Tidak lupa kepada penaja, para guru, pensyarah dan rakan-rakan dari German-Malaysian Institute (GMI), MRSM Merbok serta semua yang mengenali diri ini.

Daripada: Rafiq Danial Rajman

Lokasi: Hochschule Dusseldorf University, Jerman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI