fbpx

Pemboikot diminta bantu reda, henti bakar sentimen rakyat – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

PUTRAJAYA – Pihak pemboikot kedai serbaneka KK Mart diminta mengambil tanggungjawab mereda dan menghentikan terus perbuatan membakar sentimen orang ramai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia susulan serangan bom api kedua kedai KK Mart di Kuantan, Pahang, pagi tadi.

Katanya, perkara berkenaan harus dimainkan oleh semua pihak dan ia perlu dibendung segera.

“Menggesa dan mendorong orang ramai memboikot sesuatu jenama mungkin bukan satu kesalahan undang-undang tetapi jelas jadi kesalahan apabila orang ramai menceroboh atau cuba membakar premis KK Mart.

“Perbuatan ini boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan tetap mengambil tindakan berasaskan undang-undang demi kepentingan orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai memberi ruang dan kepercayaan sepenuhnya kepada PDRM menjalankan tugas mengesan, menangkap dan menyiasat individu terlibat.

“Biar proses undang-undang berjalan demi keamanan, ketenteraman rakyat dan negara. Saya yakin rakyat terbanyak adalah kalangan yang cintakan keamanan.

“Hidup rukun damai dan saling hormat akan perbedaan sesama kita. Mari kita sama-sama menolak dan mengutuk keras perbuatan keganasan seumpama ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI