fbpx

Lelaki jumpa ‘ikan puntianak’ di tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menemui 'ikan puntianak' di tepi pantai Devon baru-baru ini. - Foto Jarco Havermans/Pen News

LONDON  –  Seorang lelaki menemui makhluk aneh kelihatan seperti cacing gergasi  dalam filem sains fiksyen, Dune ketika dia bersiar-siar di tepi pantai, lapor portal berita MailOnline semalam.

Will Miles, 26, berjumpa makhluk aneh itu di pantai dekat Exmouth Marina, Devon, Britain baru-baru ini.

Makhluk tersebut diberi julukan ‘ikan puntianak’ kerana menghisap darah ikan lain dan mulutnya dipenuhi barisan gigi tajam.

“Saya sedang bersiar-siar selepas bekerja. Ia terdampar di tengah pantai berhampiran garis air pasang surut,” katanya.

Miles menganggarkan haiwan aneh itu memiliki panjang 80 sentimeter atau menyamai ketinggian purata kanak-kanak umur dua tahun.

“Saya sangat terkejut. Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini,” ujarnya.

‘Ikan puntianak’  pernah wujud di Britain dalam jumlah yang banyak sebelum bilangannya merosot disebabkan oleh kualiti air yang rendah.  – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI