fbpx

Dolla pun masuk senarai ‘rosak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Dolla kini semakin rancak memuat naik pelbagai video yang menarik perhatian dalam TikTok.

RAMAI selebriti tanah air dilabel semakin ‘rosak’ apabila memuat naik pelbagai jenis hantaran khususnya dalam TikTok.

Bukan rosak yang memusnahkan kerjaya sebaliknya karakter yang ditonjolkan adalah berbeza daripada sering dipaparkan kepada umum seperti semakin kelakar dan sebagainya.

Dolla yang dianggotai Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya menerusi beberapa buah video membuatkan ramai tidak kering gusi dengan gelagat bersahaja mereka melakukan ‘TikTok Challenge’.

“Tolong selamatkan Dolla dan beri lagu baharu pada mereka. Makin parah.

“Apa sudah jadi pada Dolla? Jomlah kita pergi berubat sebab sudah rosak sangat,” seloroh netizen.

Ramai yang meminta agar Dolla muncul dengan lagu tular seperti Raya Raya Raya dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI