fbpx

Bapa mentua Zambry selamat disemadikan di Lekir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMBRY (sembilan dari kanan) bersama lebih 100 jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham Zulkifli Awang di Masjid Al-Ismailiah, Kampung Sungai Tiram, Lekir, Perak, hari ini.

LUMUT – Bapa mentua kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, iaitu Zulkifli Awang, kembali ke rahmatullah Subuh tadi.

Allahyarham Zulkifli menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di ibu negara.

Arwah meninggalkan seorang isteri, Sariah Amir, 70an, dan enam anak iaitu seorang lelaki dan lima perempuan dengan isteri Zambry, Datin Seri Saripah Zulkifli, adalah anak sulung.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Al-Ismailiah, Kampung Sungai Tiram, Lekir, selepas solat Zuhur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tiram.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikafankan, tiba di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurut Zambry, bapa mentuanya meninggal dunia akibat sakit tua dan kerap berulang-alik ke HUKM untuk mendapatkan rawatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI