fbpx

Hanya salah faham, bukan kes culik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek yang berjaya ditahan pihak polis.

SHAH ALAM – Hanya salah faham dan bukannya kes culik seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan di pusat beli belah di Klang Sentral di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bekata, siasatan pihaknya mendapati dua lelaki warga Nepal berkenaan yang didakwa penculik sebenarnya cuba membantu kanak-kanak itu menaiki eskalator pusat tersebut yang rosak semasa hari kejadian.

“Saya sendiri telah melihat dua rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan. Berdasarkan rakaman serta keterangan daripada dua lelaki itu, mereka cuba membantu kanak-kanak tersebut dengan mengangkat mereka ke eskalator berkenaan.

“Kemudiannya, mereka menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu kanak-kanak berkenaan setelah wanita itu perbuatan mereka.

“Mungkin disebabkan panik, wanita terbabit menjerit kerana mengandaikan anaknya akan diculik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan suasana sebuah pusat beli belah di Klang Sentral di sini, gempar apabila seorang kanak-kanak perempuan cuba dilarikan dua lelaki warga asing.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu melibatkan mangsa berusia setahun tujuh bulan dengan dua suspek berjaya ditangkap dan direman selain kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI