fbpx

UMNO bukan ‘biawak hidup’ Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

KUALA LANGAT – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan bekas ahli parti tersebut yang mengumpamakan kepimpinan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan hari ini sebagai ‘biawak hidup’.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, setiap usaha dan langkah baharu yang dibuat kerajaan pasti mendapat kritikan pihak tertentu termasuk sistem Pangkalan Data Utama (Padu).

“PADU dilancarkan bagi memastikan subsidi sampai kepada mereka yang menjadi sasaran. Tetapi  wujud kebencian yang mendakwa data peribadi akan digunakan oleh kerajaan, terutamanya Kementerian Ekonomi.

“Semua yang baharu pasti ada cabarannya, dan cabaran itu kita tahu 22 peratus termasuk dalam golongan anti-establishment,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek As Solihin, Kanchong Darat, Banting di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perumpamaan diutarakan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa UMNO adalah ‘biawak hidup’ dalam Kerajaan Perpaduan dalam podcastnya baru-baru ini.

Dalam perkembangan berlainan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sebanyak RM46.6 juta keseluruhan untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan perniagaan kepada rakyat Selangor tahun ini.

Katanya, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Selangor contohnya memperuntukkan RM669,500 untuk pembangunan komuniti seperti Hari Kebesaran Islam, Klinik Audit Solat, Street Dakwah, Kampung Mandiri dan Jom Masuk Kampung.

Pada program tersebut, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM 13,000 kepada 60 orang anak yatim dan 70 orang pelajar Tahfiz daripada kariah masjid tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI