fbpx

Permit pindah padi ke luar negeri dibeku sejak 20 Jun tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Semua permohonan permit perpindahan padi daripada ke luar negeri dibekukan sejak 20 Jun tahun lalu.

Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan berkata, arahan tersebut adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.

Katanya, arahan pembekuan itu masih berkuat kuasa dan ia merupakan langkah intervensi KPKM bagi mengatasi isu bekalan beras setempat serta mengambil kira kebajikan para petani.

“Untuk rekod, arahan pembekuan permohonan perpindahan padi masih lagi berkuat kuasa sehingga kini.

“Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat lebihan hasil padi di dalam negeri dan terdapat keperluan untuk menjual padi merentasi negeri, permohonan boleh dikemukakan di pejabat KPB negeri untuk pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah KPB,” kata kenyataan itu tadi.

KPB berkata, kenyataan yang diberikan bahawa kerajaan negeri Terengganu yang mengeluarkan arahan pembekuan perpindahan padi adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Terdahulu media melaporkan, kerajaan Terengganu mengarahkan semua permit pemindahan padi keluar daripada negeri itu dibekukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi, Dr. Azman Ibrahim, berkata arahan itu antara mekanisme kawalan bagi mengelakkan hasil padi negeri dijual ke negeri lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI