fbpx

Khunsa jual realiti ‘nasi kangkang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASKHAH Khunsa lakonan Azhan Rani dan Sherry AlHadad ini menjadi antara karya terbaik yang sedang ditayangkan menerusi televisyen.

GARA-GARA menghasilkan drama bersiri berjudul Khunsa, penerbit Shahrulezad Mohameddin dituduh cuba menormalisasikan golongan LGBT atau lesbian, gay, biseksual, dan transgender.

Namun perkara berkenaan sebenarnya sudah dijangka pemilik produksi Radius One sebaik merencanakan penerbitan naskhah lakonan Azhan Rani, Sherry Alhadad dan Nadiah Aqilah itu.

Sejujurnya bagi Mizz Lahar isu dibentangkan produser berpengalaman itu adalah situasi sebenar dalam masyarakat yang boleh dijadikan pengajaran.

Tidak semestinya apabila sesuatu kisah dipaparkan dalam televisyen, penonton akan tiru setiap aksi, apatah lagi terdapat lambakan naskhah dengan kisah lebih ‘daring’ dalam medium maya yang boleh diakses sesiapa pun.

Bagi Mizz Lahar, Khunsa memang terbaik apatah lagi dibarisi pelakon handalan seperti Sherry selaku Zaiton iaitu isteri yang sanggup bagi suami makan nasi kangkang supaya sentiasa patuh kepadanya.

Kelakar pula tengok Zaiton memukul kepala suaminya yang juga lakonan Azhan Rani dengan senduk di meja makan. Memang ‘menjadi’ babak itu. Tontonlah, tak menyesal.

Mizz Lahar: Terpilu mengenangkan seorang selebriti yang terdesak pernah menjadi ‘drag queen’ ketika zaman muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI