fbpx

Gelombang haba di utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja binaan berdepan dengan cuaca panas ketika menyiapkan tiang konkrit RTS di Johor Bahru. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meletakkan empat kawasan di utara Semenanjung kepada tahap dua iaitu kawasan mengalami gelombang haba.

Menurut MetMalaysia, empat kawasan tersebut melibatkan Perlis, Kota Setar dan Pokok Sena di Kedah, serta daerah Hulu Perak di Perak.

Tambahnya, suhu maksimum yang direkodkan dari empat kawasan tersebut ialah 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, di Sabah pula suhu maksimum yang dicatatkan di Kota Beaufort dan Kota Belud pula ialah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

“Hujan dan ribut petir kini sedang berlaku di beberapa tempat yang melibatkan kawasan pantai Kedah, Pulau Pinang, serta di kawasan pantai Kelantan dan beberapa tempat di Terengganu.

“Keadaan hujan di kesemua tempat di Semenanjung dijangka beransur pulih menjelang ke lewat pagi nanti,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, keadaan hujan di kawasan tengah Sarawak akan mula masuk ke pedalaman menjelang ke lewat pagi nanti.

“Di sebelah petang, hujan dan ribut petir boleh berlaku di beberapa tempat yang melibatkan kawasan pendalaman Perak, Kelantan, Pahang juga melibatkan beberapa kawasan pedalaman di negeri Selangor dan Johor.

“Manakala bagi Negeri Sarawak dan Sabah pula, ribut petir dijangka akan berlaku di hampir keseluruhan Negeri Sarawak dan melibatkan pedalaman di Negeri Sabah,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI