fbpx

Dewan Rakyat: 4,324 sekolah luar bandar dilengkapi capaian internet -KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyediakan capaian internet di lebar Internet dengan kelajuan 30Mbps hingga 300Mbps  di semua sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, penyediaan akses internet itu adalah khusus bagi memperkasa pembelajaran secara digital terutamanya di kawasan luar bandar.
Jelasnya, secara keseluruhan, bagi kawasan luar bandar, sebanyak 960 buah sekolah telah disediakan dengan kemudahan internet menggunakan gentian optik.
“Manakala, 2,775 sekolah pula disediakan talian jalur lebar, 589 sekolah dengan talian satelit khas untuk penyediaan talian internet sekolah di luar bandar.
“KPM juga telah memperkasakan pusat kegiatan guru di seluruh negara dan jumlahnya 367 buah. Pusat kegiatan guru ini disediakan peralatan digital hub dan studio digital.
“Guru-guru dan murid boleh pergi ke pusat ini untuk melakukan kerja-kerja dan persiapan ke arah pendidikan digital,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Kuala Langat) tentang persediaan pendidikan secara digital terutamanya di luar bandar.
Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, KPM juga telah mewujudkan pasukan petugas khas (task force) Pendidikan Digital untuk mempergiat dan memperkasa pelaksanaan  (Dasar Pendidikan Digital).
Ujarnya, pasukan ini akan memastikan ekosistem pembudayaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) tersedia dalam usaha  melahirkan generasi fasih digital.
“KPM komited untuk memperkasakan kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan berteraskan teknologi digital seiring dengan perkembangan pesat teknologi global dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berilmu, beretika dan berdaya saing,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI