fbpx

[VIDEO] Cubaan warga asing culik budak perempuan dalam pusat beli belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek yang berjaya ditahan pihak polis.

KLANG – Suasana sebuah pusat beli belah di Klang Sentral di sini, gempar apabila seorang kanak-kanak perempuan cuba dilarikan dua lelaki warga asing malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu melibatkan mangsa berusia setahun tujuh bulan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ketika kejadian mangsa bersama ibunya sedang menaiki eskalator pusat beli belah berkenaan.

“Kanak-kanak itu bagaimanapun secara tiba-tiba diangkat dua lelaki warga asing dari arah belakang.

“Ibu mangsa yang terkejut dengan perkara itu kemudian menjerit sebelum berjaya menarik semula anaknya daripada suspek,” katanya hari ini.

Tambah beliau, dua suspek cuba melarikan diri sejurus kejadian sebelum berjaya diberkas orang awam di lokasi berkenaan.

“Mereka kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI