fbpx

[VIDEO] ‘Conteng’ sentap emosi rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalil Hamid turut berlakon dalam iklan Hari Raya Aidilfitri bertajuk Conteng terbitan PKNS.

PETALING JAYA – Ramai penonton sentap emosi dan berjurai air mata dengan iklan bertajuk Conteng daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Iklan tersebut yang diterbitkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat PKNS ditayangkan pada laman YouTube sejak dua hari lalu dengan sehingga kini telah mencapai hampir 240,000 tontonan.

Conteng diarahkan oleh pengarahnya, Rashid Shikh Abdullah menampilkan beberapa pelakon termasuk pelakon veteran, Jalil Hamid.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata berpuas hati dengan iklan raya tersebut yang disifatkan mempunyai nilai dan pengajaran khususnya kepada ibu bapa untuk tidak membandingkan anak-anak.

Malah, ada yang memuji Conteng kerana memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa dan penjaga mengenai disleksia atau masalah perkembangan pembacaan.

“Ya Allah, sumpah nangis tengok iklan ni. Teringat arwah abah, pertama kali raya tahun ni tanpa abah. Al-Fatihah,” komen NYNA S pada TikTok.

“Jenuh tahan air mata ni, tapi bila sampai part dia peluk ayah dia, gugur juga air mata jantan aku,” kata Lan Panda.

“Lepas sahur tengok drama PKNS sedih gila. Inilah drama yang jadi pengajaran terbaik untuk generasi kini. PKNS buatlah lagi drama pendek tentang raya dan perpaduan,” cadang Ita Saad115.

Pada akhir video tersebut, turut dimaklumkan bahawa iklan itu diilhamkan daripada sebuah kisah benar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI