fbpx

Salam Perantauan 26 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak lupa juga kepada keluarga tercinta di Kedah, Selangor, Sarawak, Johor serta semua yang mengenali kami. Semoga Syawal tahun ini membawa rahmat dan berkat untuk kita semua.

Daripada: Keluarga Sadikin Aton dan Zalizah Nawi
Lokasi: Queenstown, New Zealand

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin untuk ahli keluarga di Kedah dan Terengganu, tidak lupa kepada saudara mara serta sahabat handai yang sentiasa dalam ingatan. Semoga Aidilfitri kali ini memberi 1,001 makna kepada kita semua. Doakan kesejahteraan dan kejayaan kami di sini. Salam sayang dan rindu daripada kami buat semua. Semoga kita dapat berjumpa lagi!

Daripada: Shakir Badri, Amalia Aina, Kun Arsyad & Kin Amanda
Lokasi: New Mexico, Amerika Syarikat

 

Tangan dihulur, maaf dipinta. Seikhlas hati menyusun jari memohon maaf zahir dan batin kepada keluarga yang dirindui terutamanya ibu ayah di Kelantan dan Perak, adik-beradik, saudara-mara dan sahabat handai di Malaysia, Arab Saudi dan di mana jua kalian berada.
Salam penuh kasih sayang.
Marilah kita meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran.

Daripada: Wan Nurul Ain dan Mazlan Yaakob
Lokasi: Riyadh, Arab Saudi

 

Salam Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama kepada keluarga tersayang, mak, abah, adik beradik serta sahabat handai yang berada di Pendang, Sik, Kulim dan Pulau Pinang. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Salam Perantauan daripada kami

Daripada: Badrul Hisyam, Nurul Syazwani dan Muhammad Ibrahim Mirza
Lokasi: Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI