fbpx

Remaja ditangkap noda awek bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAMPIN – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan terkutuk terhadap teman wanitanya di sebuah rumah, di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kes itu pada pukul 11.24 malam, Jumaat lalu.

Menurutnya, remaja lelaki berkenaan dipercayai merupakan teman lelaki mangsa dan sudah tidak bersekolah. Mangsa yang berusia 15 tahun masih bersekolah.

“Ibu mangsa mendakwa anaknya dinodai pada waktu siang di rumahnya hari yang sama laporan di buat.

“Susulan itu, satu tangkapan dibuat ke atas remaja berkenaan pada pukul 12.15 tengah malam, Sabtu lalu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tampin.

“Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya kepada pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI