fbpx

Pencemaran alam: Pesalah bakal didenda RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hukuman denda sehingga RM10 juta atau penjara lebih lama berbanding peruntukan sedia ada dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) akan dikenakan kepada individu jika disabitkan kesalahan berkaitan pencemaran alam.

Perkembangan itu bakal dilaksanakan selepas Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 bagi meminda 28 seksyen dalam Akta 127.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pesalah berdepan julat kadar denda RM5,000 hingga RM10 juta, selain penjara mandatori tidak melebihi lima tahun.

Selain itu, kadar kompaun turut ditingkatkan daripada maksimum RM2,000 kepada tidak melebihi 50 peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan berkaitan.

“RUU ini menetapkan denda maksimum RM10 juta bagi kesalahan membabitkan pencemaran air, pencemaran buangan minyak serta buangan di perairan Malaysia serta pelupusan haram buangan terjadual.

“Selain itu, penjara mandatori maksimum lima tahun bagi kesalahan membabitkan pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran air dan ketidakpatuhan kepada keperluan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahaskan 13 wakil kerajaan dan pembangkang.

Kelulusan RUU itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng.

Nik Nazmi juga yakin pindaan berkenaan akan memantapkan penguatkuasaan, pencegahan pencemaran dan jenayah alam sekitar daripada terus berulang, selain mendidik pihak industri dan masyarakat melestarikan alam sekitar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI