fbpx

‘Jangan semua dituntut, kerajaan kena dengar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (kiri) pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – “Jangan semua yang dituntut, kerajaan kena dengar. Kena ada ‘give and take’ (tolak ansur), ‘trying to find middle ground’ (cuba cari persetujuan dua pihak),” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau memberi nasihat tersebut kepada aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu kewarganegaraan.

“Kerajaan dalam perkara ini, kalau tak boleh capai semua, tak boleh tinggal semua. Kami nak buat lapan (cadangan pindaan), kerajaan cuma teruskan tujuh dan satu tidak.

“Saya ingat semangat sama patut ada pada aktivis dan NGO. Paling penting sama-sama selesaikan isu kewarganegaraan. Pendapat kamu mungkin betul, tapi tak selamanya benar.

“Berilah ruang kepada kerajaan. Pada akhirnya matlamat adalah untuk menguruskan isu kewarganegaraan ini dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, keajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Saifuddin dipetik berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI