fbpx

Dua sahabat ditahan miliki pistol ‘Cobra’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (dua kiri) menunjukkan pistol dan butir peluru yang dirampas pihaknya.

KUALA LANGAT – Dua sahabat dicekup berhubung memiliki pistol jenis .38 tertera tulisan Cobra bersama enam butir peluru hidup di sekitar Telok Panglima Garang, semalam.

Penangkapan kedua-dua suspek lelaki yang berusia 24 dan 30 tahun itu dilakukan pukul 2.40 pagi dan 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, polis daripada bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini telah menahan seorang juruteknik kilang di sebuah stesen minyak di sekitar Telok Panglima Garang,

Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan didapati suspek telah meletakkan sesuatu di bawah kenderaan yang berada di kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah menemui suatu objek menyerupai pistol dengan didalamnya terdapat enam butir peluru hidup.

“Siasatan seterusnya kemudiannya membawa penahanan rakan suspek iaitu seorang pemandu lori di sekitar kawasan sama,” katanya hari ini, – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI