fbpx

Saham Quantum Metal langgar undang-undang, dihenti serta-merta – SC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengarahkan Quantum Metal Exchange Inc (QMEI) untuk segera menghenti dan menamatkan penawaran saham QMEI kepada orang awam.

Menerusi satu kenyataan, SC berkata, arahan tersebut dikeluarkan kepada Pengasas dan Pengarah QMEI, Datuk Lim Khong Soon hari ini.

Jelas SC, tindakan tersebut diambil kerana tawaran saham QMEI melanggar keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti.

“Arahan henti dan tamat tersebut dikeluarkan berikutan penemuan SC bahawa QMEI menawarkan sahamnya kepada masyarakat awam Malaysia termasuk melalui laman web/platform Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) kepada ahli QMSB.

“Ini dilakukan tanpa mendapatkan pengiktirafan dan mendaftarkan dokumen pendedahan dengan SC, yang melanggar Seksyen 212 (5) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007,” katanya.

Oleh yang demikian ujar SC, pihaknya juga telah meletakkan QMEI dengan butiran berkaitannya pada Senarai Makluman Pelabur SC http://www.sc.com.my/investor-alert.

Tambah SC, pelabur dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menilai tawaran pelaburan.

“Orang awam digesa melaporkan kepada SC jika mereka mendapat tawaran produk pasaran modal daripada individu yang mencurigakan dan tidak berlesen, di [email protected] atau hubungi +603-6204 8999,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI