fbpx

Lima kereta musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak lima kereta musnah selepas sebuah premis menjual pelbagai kenderaan terbakar di Jalan Bundusan, Penampang petang semalam. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

PENAMPANG – Sebanyak lima kereta musnah selepas sebuah premis menjual pelbagai kenderaan terbakar di Jalan Bundusan petang semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang turut mengakibatkan sebuah kontena terbakar.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.30 petang.

“Seramai 36 anggota termasuk pegawai bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai menjual kereta jenis tidak kekal terbakar 80 peratus.

“Turut musnah terbakar lima buah kenderaan dan sebuah kontena,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran, tiga pancutan dari sumber air jentera.

“Operasi terkawal pada pukul 7.10 malam dan tamat sepenuhnya sekitar pukul 9.43 malam.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI