fbpx

Gerai warga asing jual martabak sempena bulan Ramadan disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerai martabak yang disita di Jalan Tasik Selatan, Bandar Tun Razak, Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita gerai martabak milik lelaki warga asing yang beroperasi sempena bulan Ramadan di Jalan Tasik Selatan, Bandar Tun Razak, Jumaat yang lalu.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan DBKL dan Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak.

“Antara barangan yang disita adalah seunit tong gas, seunit dapur gas, seunit meja lipat, seunit khemah dan seunit kuali bulat.

“Semua barang sitaan telah dihantar di Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Selasa lalu, media melaporkan DBKL ejumlah 11 peralatan dan barang perniagaan dikendalikan warga asing disita dalam Tindakan Khas Bazar Warga Asing di sekitar Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara (berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur).

Dalam tindakan tersebut, barangan dan peralatan yang disita seperti makanan, sayur campur, buah-buahan, mesin tebu, payung dan lain-lain dihantar ke Setor Sitaan DBKL Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Tindakan diambil mengikut peruntukan Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI