fbpx

Bukan beli kereta mewah, nak beli dua pun saya ada duit – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi di samping kenderaan rasmi baharu jenis Hyundai Palisade

SUNGAI PETANI – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan pembelian kenderaan rasmi baharu jenis Hyundai Palisade untuk kegunaan beliau dibuat kerana kereta sebelum ini kerap mengalami kerosakan.

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak pernah membeli kenderaan baharu bagi kegunaan menteri besar sejak beliau mentadbir Kedah pada Mei 2020.

Menurutnya, beliau menggunakan kereta jenis Mercedes-Benz yang dibeli semasa Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 2012, manakala sebuah lagi ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjawat jawatan menteri besar.

“Kedua-dua Mercedes-Benz itu pernah ranap (rosak) di tengah jalan sebab guna (sistem suspensi) Airmatic. Kadang-kadang senget sebelah sebab belon pecah sebelah, kadang-kadang cunggit (terangkat) belon belakang pecah, kadang-kadang menyembam belon depan pecah.

“Jadi Mercedes ini bila sampai satu peringkat penggunaannya sudah tidak ekonomi lagi, tapi kita baiki juga sebab nampak macam masih elok, setiap kali baiki kena (caj) sampai RM50,000.

“Bukan (beli) kereta mewah, biasa-biasa sajaja kalau saya nak beli sendiri pun saya ada duit, dua buah boleh beli.

“Tak mahal sangat pun tapi dah kerajaan beli bagi saya naik, pihak yang cemburu tunggu jadi menteri besar esok hangpa (kamu) beli hangpa naik,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Pas Kawasan Sungai Petani di sini, semalam.

Sebelum ini tular di media sosial behubung isu kenderaan utiliti sukan (SUV) buatan Korea Selatan jenis Hyundai Palisade digunakan Muhammad Sanusi dengan nombor pendaftaran KCX8.

Tambahnya, beliau melihat keperluan untuk membeli kenderaan baharu yang lebih lasak agar bersesuaian dengan tugasnya selaku menteri besar.

“Kalau tengok pergerakan saya sebagai menteri besar, tuan-tuan boleh mengalah, tak boleh ikut. Sebulan berpuluh ribu kilometer perjalanan, jadi kena kereta yang lasak sikit,” ujarnya.

Katanya, pembelian kenderaan rasmi dalam kerajaan kini bukan lagi menjadi modal politik kerana bagi beliau dunia sudah terlalu maju untuk mempertikaikan perkara tersebut.

“Politik ini kalau main isu kereta hampa pi mengaji tadikalah, orang tak bercakap dah bab kereta ini dalam politik.

“Dunia dah jauh ke depan. Ada Ketua Penerangan UMNO, dia kalah pilihan raya Dewan Undangan Negeri lagi besar daripada Parlimen pun nak cakap juga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI