fbpx

Bella Astillah persis puteri kayangan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA dalam persalinan songket putih yang menambahkan auranya.

NAMA Bella Astillah memang menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini. Apa sahaja dilakukannya pasti akan mengundang perhatian ramai.

Terbaharu, foto yang dimuat naik dalam Instagram membuatkan ramai terkesima dengan kejelitaan dimiliki isteri penyanyi Aliff Aziz itu.

Persis puteri kayangan! Itu antara pujian diberikan netizen kepada Bella yang anggun memakai busana tradisional songket berwarna putih.

Diva pun tak nafikan Bella memang cantik dalam persalinan tersebut bahkan semakin berseri-seri pula sejak dihambat kontroversi kemelut rumah tangga baru-baru ini.

Mungkin juga kecantikan dan seri pada wajahnya muncul daripada kekuatan dalaman. Iyalah, Bella dilihat sangat kuat menghadapi dugaan rumah tangga yang tidak berkesudahan.

Apa pun, Diva harap semua urusan Bella dipermudahkan. Jangan mudah termakan pujuk rayu ya!

DIVA: Sedap lagu raya Aisha Retno dan Aziz Harun berjudul Ketipak Ketipung Raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI